JeRuNgKuN

- sharing is caring -

  • Another blog by ApOgEE

    I'm blogging whatever I wanna share to my audience. Sometimes, I share with descriptions, or my personal opinion and sometimes I didn't, so you have to figure it out yourself. You can read it, digest it and do what ever you like. Do not always believe what you read. Use your brain to find out the truth.

Dengar bising-bising pasal Phishing, aku pun memberi cadangan agar kita wujudkan iklan berkenaan Phishing dan tayangkan di TV atau paling bodoh pun kat youtube. Sebagai pencadang, aku kene bikin la barang ni kasi jadi. So, inilah idea iklan aku versi alpha... kalau korang ada idea nak gilap lagi kasi cun, silakanlah reply kat bahagian komen tu.

Tajuk: Iklan Public Awareness: Berhati-hati Dengan Phishing
Idea: M. Fauzilkamil Zainuddin
Dengan Kerjasama: Rakan2 OWASP Malaysia

Sinopsis:
Mengisahkan Seorang Pengguna Perbankan Online yang ditipu oleh beberapa Penjenayah Internet yang melakukan jenayah internet terancang. Pengguna yang pada awalnya pernah mendengar tentang Phishing rupanya masih blur tentang tindakan yang perlu diambil bagi menghindari dirinya dari tertipu.

Skrip:
Beberapa penjenayah internet telah merancang untuk mencuri wang dari akaun beberapa pengguna yang telah dipilih. Mereka telah membina satu laman web palsu dan menghantar email kepada mangsa agar masuk ke laman web palsu tersebut... mereka menanti dengan gadget yang handy di kedai mamak yang mempunyai wifi percuma sambil berborak dan bermain facebook.

Disuatu sudut lain, mangsa telah menerima email yang disangkanya datang dari bank. Beliau kelihatan sudah berhati-hati dengan melihat alamat email penghantar, namun terlupa melihat URL bank tersebut.... Apabila sampai di laman palsu tersebut, beliau disuruh menukar password dan tunggu sehingga mesej sampai untuk memasukkan kod TAC sebagai pengesahan. Selang beberapa minit, beliau menerima mesej TAC dan terus memasukkannya ke dalam borang di laman web palsu tersebut.

Di lokasi lain, ada pengguna yang berhati2 berjaya mengenalpasti ianya email phishing dan melakukan tindakan sewajarnya.

Berbalik ke kedai mamak, mesej diterima menandakan ada mangsa telah terperangkap... ikan telah tersangkut pada mata kail... mereka yang telah sedia, cuba log masuk ke akaun mangsa dan sukses... seterusnya dengan pantas membuat pindahan wang ke akaun lain dan meminta TAC. tidak lama selepas itu, TAC yang dimasukkan oleh mangsa diterima dan proses pindahan wang berjaya dilakukan.

Beberapa hari kemudian, mangsa terfikir untuk pergi ke bank dan mengeluarkan sedikit wang. Namun terkejut apabila baki wangnya tidak mencukupi. Barulah beliau menggelabah dan mengimbas balik segala yang telah dilakukan (imbas balik gambar email, URL, web palsu, tukar password, TAC) dan beliau terduduk dan menepuk dahi...

Dengan mesej... JANGAN JADI MANGSA PHISHING!!


komen, jangan tak komen... ;)

Share This Article:

Categories: ,

0 Response for the "Iklan Public Awareness: Berhati-hati Dengan Phishing"

Search